Thursday, April 4, 2013
TAYANGAN PERDANA DRAMA CINTA JANGAN PERGI SELAMA DUA JAM 6 APRIL INI!
Labels:
cinta jangan pergi,
nadiya nissa,
Remy Ishak,
Tiz Zaqyah,
tv9
Friday, March 22, 2013
Extravaganza Konsert Solo Jamal Abdillah
Ini yang dinantikan! Tidak sabar pula rasanya. Mesti peminat Jamal Abdillah tidak sabar bukan? Jadi jangan lupa dapatkan tiket dengan segera. Dengarnya 30 buah lagu bakal dipersembahkan oleh Jamal. Selain dari itu konsert ini menampilkan Najua P.Ramlee, Isma Aliff, Musly Ramly,Nas Adilla dan Azlina Aziz sebagai artis undangan.
Tiket berharga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455.Tempahan juga boleh dibuat dengan melayari www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4147 8600 atau 03-2161 8134.
Labels:
Istana Budaya,
jamal abdillah,
Tan Sri P.Ramlee
Wednesday, March 20, 2013
“DURI DI HATI” di TV3!
Alif di mana pada usia yang masih mentah, dia sudah dibebani pelbagai masalah kerana dia anak seorang pelacur. Mampukah Alif bersabar dengan dugaan yang menimpanya? Menyusuli drama siri “Kerana Sarah”, saksikan sebuah lagi drama di slot Azalea berjudul “Duri Di Hati” yang telah pun mula bersiaran pada 14 Mac 2013 yang lalu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang. Drama terbitan Pena Creative Sdn Bhd yang diarahkan oleh pengarah Michael Ang dan skrip yang ditulis oleh Mazelan Manan menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Londoh, Adam Shah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Tengku Sarina (Kuna), Faralyna dan ramai lagi.
Labels:
Adam Shah,
Amar Asyraf,
Dato’ Jalaluddin Hassan,
Faralyna Idris,
Hairi Safwan,
Kuna,
Marsha Londoh
Drama “Talak Bukan Pilihan” Temui Penonton TV1
Mengajak
masyarakat berfikir di luar kotak fikiran bahawa penceraian bukanlah jalan
terbaik dalam membuat keputusan sebaliknya masih ada cara positif mengelakkan
“poligami” yang sememangnya mahu dihindari di kalangan wanita, Radio Televisyen
Malaysia (RTM) menyiarkan drama
bersiri terbaharu, “Talak Bukan Pilihan”
bakal menemui penonton saluran TV1 mulai 31 Mac depan, setiap Sabtu dan Ahad,
jam 7.00 malam.
13 episod drama bersiri yang menyentuh isu poligami dan kekeluargaan ini membariskan
pelakon remaja Leez
AF, Irfan Roslan, Arrora Salwa, Azam Pid, Reza Hasbi, Ika Zulkifli dan Hazman
Jamil.
Labels:
Arrora Salwa,
Azam Pid,
Hazman Jamil,
Ika Zulkifli,
Irfan Roslan,
Leez AF,
Reza Hasbi
Tuesday, March 19, 2013
Saksikan Lakonan Jude Law dan Catherine Zeta-Jones dalam filem Side Effects
Labels:
catherine zeta-jones,
jude law,
side effects
Launch of Caterham Bike
Greetings from Caterham Composites!
With the belief that creative thinking and engineering rigour can make anything lighter, stronger, faster and more efficient, Caterham Composites – who together with the Caterham F1 Team are part of the Caterham Group – will be launching its latest innovation – the Caterham Bike.
The Caterham Bike is designed from scratch, around tomorrow’s industry-standards, not today’s. This is an industry first and it won’t be the last. The bicycle is the perfect symbioses of F1 technology and design approach.
The Caterham Bike will be unveiled by Caterham Group CEO Riad Asmat who will be joined by Caterham Composites and Caterham Technology & Innovation CEO Mike Gascoyne, and Caterham Composites CEO Phil Hall, and you are invited to join in the celebration:
Date: Thursday, 21 March 2013
Time: 2.30 pm – 4.00 pm
Venue: Pavilion Kuala Lumpur – Bukit Bintang Main Entrance (near “The Loaf” and “Coach”)
Friday, March 15, 2013
“Cinta” Nad Zainal Rebutan Zahiril Adzim dan Kamal Adli
Perasaan
cinta Hawa terhadap Azmi begitu menebal hingga sanggup mengetepikan perasaan
lelaki pilihan keluarga yang ikhlas menyintainya. Namun sebaliknya tanpa di
ketahui Azmi telah berubah identiti menjadi Azie. Dapatkah Hawa menerima
kenyataan itu? Dibintangi oleh Nad Zainal, Zahiril Adzim, Kamal Adli, Aida
Khalida dan Khatijah Tan, jalan cerita ini mewarnai drama bertajuk “Cinta” di siarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 Mac 2013, jam 10.00 malam di TV2.
Mengisi
slot Citra, “Cinta” mengisahkan Hawa
bercinta dengan Azmi yang juga teman sekampungnya. Mereka sememangnya saling
menyintai namun satu hari ketika mereka sedang berbual berdua di tepi sungai,
ada orang kampung yang menyampaikan cerita itu kepada ibu Hawa, Azizah dan
ekoran kejadian itu, Hawa telah teruk di pukul oleh Azizah dan dia kemudiannya
di kurung di rumah.
Labels:
Aida Khalida,
Kamal Adli,
Khatijah Tan,
Nad Zainal,
rtm,
tv2,
Zahiril Adzim




